Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 28, 2009

FRIM 26 DECEMBER 2009

Sahabat gua Faizal (Jai) sudah berjinak-jinak berkayuh. Hari pertama berkayuh dah beli cycling short. Syabas!!... kali kedua ride dapat la masuk separuh offroad dari FRIM ke Sungai Buloh. Semangat dia berkayuh. Lagi 3-4 kali berkayuh tu..beli la basikal tu ...huhuhuhu... Gua nak ayat dia habis-habisan.. RODA LINK Bangsar ada Year End Sale... kasi bawa dia pergi tengok basikal kat kedai tu..tapi banyak POLYGON..






FRIM Ride -

Monday, November 23, 2009

KL Mountain Bike Carnival 2009

21 & 22 hb November 2009 - Lembah Kiara TTDI

Walaupun hari hujan sempat juga gua menghadirkan diri ke KL MTB carnival 2009 diLembah Kiara TTDI. Hari pertama gua pergi ngan wife dan anak2. Tak banyak yang dapat dilihat kerana gua sampai awal. Cuma pendaftaran participant sahaja. Hari kedua gua pegi sempat juga tengok kategori veteren (36-40 tahun) - kategori gua ni...heheheh...ada lah photo yang sempat gua ambil.



New Project

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Gua nak update sikit aktviti gua.
Nak berkayuh hujan memanjang..tapi alhamdulillah sebab cuaca menjadi sejuk. Aktiviti berkayuh sukar sikit memandangkan hujan yang berpanjangan. Maka gua pun memulakan aktiviti mengubah rupa paras ROCKBIKE gua dari warna merah ke warna putih. Alhamdulillah.... project berjalan lancar cuma hasilnya faham-faham aje la...cat sendiri tajuknya...ehehehehe...tengok aje la hasilnya melalui photo-photo yang gua uploadkan di sini.





Friday, October 23, 2009

Sambungan Kayuhan 20/10/2009

Sebelum ini penceritaan gua mengenai aktiviti kayuhan 20/10/2009 lebih kepada cerita RUMAH BAMBU MALAYSIA. Kali ini gua ingin memaparkan foto-foto berbasikal kami. Seperti kebiasaan aktiviti kami ini hanya mempunya 3 orang ahli tetap yang melakukan aktiviti kayuhan ini. Pada kayuhan kali ini, jarak kayuhan tidak jauh kerana ini adalah kali pertama kami membuat kayuhan di daerah ini. Maka, kami tidak berapa arif dengan selok-belo jalan di sini. Namun begitu, lokasi ini tidak berapa sesuai untuk warga luar seperti kami tetapi kayuhan di lokasi ini boleh dilakukan jika diiringi oleh orang tempatan. Ini adalah kerana lokasi ini terdapat banyak dusun milik orang perseorangan dan akan mengakibatkan salah anggap penduduk setempat dengan kehadiran orang lur seperti kami ini. Walaupun penampilan kami bukan seperti penyangak ataupun musang berkepala hitam yang hendak mencuri hasil tanaman di dusun itu. Sila saksikan foto-foto yang sempat kami ambil semasa sesi aktiviti kayuhan tempoh hari.


Ini dia Bro Muhammad Ramadhan pemilik kawasan Rumah Bambu Malaysia


Bersedia untuk pulang..kami akan datang lagi ke sini untuk tujuan bermalam di sini atas jemputan peribadi dari Bro Muhammad Ramadhan yang begitu friendly...Insya-Allah...



Tuesday, October 20, 2009

Kayuhan 20/10/2009 - Hulu Langat (Malaysian Bamboo House)

Setelah sekian lama blog ni tak dikemaskini, bermakna aktiviti kayuhan kami juga telah lama tidak berjalan. Namun ahli-ahli lain ada membuat kayuhan cuma gua tak berkesempatan untuk join diorang atas sebab masa yang tak mengizinkan dan kesibukan gua. Hari ini tanggal 20/10/2009, aktiviti jayuhan gua bermula. Kayuhan hari ini di Hulu Langat. Berkumpul jam 8:30am di Restoran Labu Labi Sunway Batu Caves, bergerak ke Hulu Langat dengan Kenderaan acuan 4 Roda milik Syukran. Jam 10:00am baru bertolak, sampai di lokasi lebuh kuran jam 11:00am. Kayuhan bermula menyusuri jalan ke arah air terjun namun kayuhan terhenti disebabkan tiada jalan sesuai untuk berbasikal.Gua ambil keputusan berpatah balik dan terus menuju jalan lain menyusuri jalan yang sedia ada...namun tidak tahu ke mana arah jalan itu sehingga sampai ke penghujung jalan. Di situ gua terpandang sebuah rumah yang amat unik. Sebelum gua teru bercerita mengenai rumah tersebut, kami di sergah oleh tuan tanah kebun bersebelahan kawasan rumah yang gua cerita tadi dengan nada yang boleh di katakan tidak menerima kunjungan kami kesana. Dipendekkan cerita, tuan rumah yang gua maksudkan tadi itu, datang bertanya kami tujuan kami datang ke sana. Kami bercerita, dengan hat yang terbuka dan mulia sekali, tuan rumah tadi yang bernama Muhammad Ramadhan(Abg Ramadhan)mempelawa kami kerumahnya untuk minum-minu dan bersuai kenal. Dengan hati yang terbuka kami menerima pelawaan beliau kerana kami begitu tertarik dengan rumah dan lanskapnya...boleh dikata keseluruhan kawasan rumahnya yang begitu menarik dan unik. Dilengkai dengan surau, gazebo dan beberapa buah rumah tetamu yang lain. Untuk lebih menceritakan lebih mendalam anda semua lihat saja foto-foto yang telah gua muatnaikkan ke dalam blog ini.



Bahagian dalam rumah..interior yang amat unik... Diperbuat dari buluh sepenuhnya..



Apa saja lah yang dibuatnya tu...macam hisap d****h aje...hehehe...sebenarnya sedang asyik bersembang bersama Abg Ramadhan, gua ternampak cendawan busut yang tumbuh...so.apa lagi kami pun pegi la meng"harvest"nya...


Permandangan dari bahagian atas kawasan rumah dengan lanskap yang masih belum siap sepenuhnya..masih belum ditanam dengan rumput dan pokok-pokok yang lain..



Rumah tetamu yang menarik sekali dan amat unik...juga diperbuat dari buluh (bumbung, tiang dan dinding sepenuhnya dari buluh)


Water fountain yang menggunakan air semulajadi dari atas bukit.. tidak menggunakan motor air untuk peredaran air... di hujung water fountain..air dilepaskan terus dengan paip besar supaya peredaran air mengalir secara semulajadi.. menakjubkan!!


Surau juga dibina disini oleh Abg Ramadhan..





Rumah utama milik Abg Mohammad Ramadhan


Lepak nampak...


Gazebo untuk istirehat...

Salah satu rumah tamu...

Saturday, August 8, 2009

Friday Ride 07/08/09 - FRIM

FRIM - 07/08/09
Setelah lama ua tak edit gua punya blog yang tak seberapa ni atas sebab-sebab kesibukan aktiviti harian gua. Kayuhan hari ini ada kehadiran ahli baru krazebikers iaitu Zul dan Jasni. Zul telah mengikuti kami berkayuh buat kali kedua. Jasni pula kali pertama. Dari segi semangat, gua tabik pada Zul...Memang semangat. Manakala kedua-dua mereka ini mempunyai tenaga yang baik. Syabas Zul dan Jasni. Bertambah lagi warga Krazebikers.


Poyo aje gua ni...Hahahahaha

Jasni - Kayuhan buat kali pertama


Mengapa Kau Termenung....


Minta Nyawa...



Zul - Kayuhan buat kali kedua

Sunday, July 12, 2009

Eliminate RISK in CYCLING/Kurangkan RISIKO ketika berbasikal

Kesilapan menggunakan saddle boleh menyebabkan komplikasi kesihatan terhadap sistem endokrin anda.

Kesukaran membuang air kecil antara tanda tanda awal. Masalah ini akan hilang atau berkurangan apabila anda kurang berbasikal, ini antara tanda penggunaan saddle yang tidak ergonomik untuk badan anda. Bertindak sebelum parah.

Saya sendiri mengalami masalah kesihatan pada mulanya dan telah bertukar saddle lebih 10 kali sebelum menemui saddle yang paling sesuai.

Made in Italy by SELLE

Male/Female riders, take care of your body from long term effect of wrong saddle selection
1) Erectile Disfunction ED
2) Difficulty during urinating.
3) etc etc

I have once suffered urinating problem and changed to this saddle and found it is good to avoid these problem.

I have changed/tested more than 10 saddle and this one never cause me problem.

Some people may take time to discover that their saddle are not compatible with theire body.

You dont want to suffer these two problem, trust me. If you really don't want to have MAN-o-Pause real quick....

http://men.webmd.com/features/biking-and-erectile-dysfunction-a-real-risk

Selle Vuelta SLR Anti compression Saddle
Made in Italy
Anti compression to avoid discomfort especially male riders.
good for XC/Trail/freeriders.
Among the most comfortable than other saddle which might cost 3x more expensive.
I have sold to other riders whom suffer riding fatigue and they glad that they have changed to this saddle

Don't have yourself regret when something with your XXXX

Saturday, July 11, 2009

Hardcore Trail - Sungai Pusu (IIUM)

Jumaat - 10/07/09
Penjelajahan di sambung kembali setelah sekian lama kami tidak berkayuh dan menjelajah bersama-sama kerana masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Namun begitu kami sampai dan memulakan penjelajahan kami di trail yang telah kami recce 2-3 minggu lepas. Setelah kami berjaya mengumpulkan diri masing-masing untuk penjelajahan ini. Kami memulakan perjalanan kami dengan berkumpul di Sunway Batu Caves selepas solat jumaat. Basikal kami diisi di dalam van milik Saudara Johary Jaffar (Janggut), kami terus menuju ke destinasi penjelajahan kami di Sungai Pusu bersebelahan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini suasana telah berbeza kerana pertambahan ahli kayuhan iaitu Saudara Janggut menjadikan semangat kami lebih kuat dengan pertambahan ahli ini. Akan ada pertambahan ahli kayuhan akan datang dengan Saudara Zul (Juah Corporation) telah berminat untuk menyertai kayuhan dan penjelajahan kami ini.














Setelah selesai penjelajahan, lihat sahaja keadaan basikal ini. Rockbike gua ini boleh tahan lasaknya yang ditunggang oleh Saudara Janggut














Starting Grid: Permulaan penjelajahan yang nampak berliku dengan uphill yang panjang.
















Di pertengahan penjelajahan dan kayuhan. Terdapat anak sungai yang sedikit tercemar dengan pembangunan di atas bukit.














Keadaan bukit yang tinggi dan memerlukan stamina yang tinggi untuk pendakian. Namun begitu aktiviti downhill juga amat mencabar dengan memerlukan kesabaran dan teknik penurunan bukit yang betul bagi mengelakkan sebarang kemalangan dari berlaku. Gua dah tergolek semasa downhill..hehehehe..siap wikang tu!!














Syukran sudah sampai ke puncak. Namun kami tidak explore lagi di atas kerana sebab-sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Kami akan jelajah dan explore lagi di xpdc akan datang.