Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, June 20, 2009

Warga Krazebikers yang terbaru

Tanggal 18/06/09 : Krazebikers telah menerima seorang lagi warga baru iaitu Mr. Joehari yang lebih gua kenali sebagai Janggut. Ini adalah kerana, sila rujuk photo. Beliau telah membeli frame FERRARI berwarna hitam. Kuda Hitam!! Gempak!! Projek Black Ferrari beliau telah bermula. Mari kita beri sokongan secara langsung dan tak langsung kepada beliau. Welcome to the club... Hehehehe
Lihatlah Frame Black Ferrari tu. Mengancam jiwa. Nasib baik kau ambil dulu janggut. Kalu tidak gua kebas dah frame tu. Hehehehe

Cendol - Basikal Roda Tiga

Tujuan gua menyelitkan kisah penjual cendul ini adalah kerana ia ada kena mengena dengan aktiviti berbasikal gua. Ini adalah kerana penjual cendul ini menggunakan basikal roda tiga. Masih ada lagi penjual cendul yang menggunakan kenderaan dan peralatan yang oldschool (RETRO).Namun rasanya sedikit pun tidak lari dari zaman gua kecil-kecil dulu. Gua dah mengenali penjual cendul ni. Nama beliau Ismail. Dengan sikapnya yang ramah membuatkan pelanggannya sentiasa ingin menikmati cendul beliau. Di tambah dengan cendul beliau yang lazat. Jika di area KL ni rata-rata peniaga dah pakai Pickup Van. Tapi di Ipoh masih terdapat peniaga yang menggunakan kenderaan Basikal Roda Tiga ni. Beliau juga tidak menggunakan pengisar ais cara lama. Apatah lagi pengisar ais elektrik. Pengisar ais kayuhan tangan tidak digunkannya. Beliau menggunakan cara tradisional iaitu pengisar ala ketam kayu tu. Beliau berniaga di Jalan Pasir Pinji berhampiran Padang Kilat di Pasir Puteh. Sesiapa yang lalu di situ digalakkan berhenti untuk menikmati cendul yang lazat. Terliur gua. Hehehehe..


Perhatikan pengisar ais cara tradisinal yang masih digunakan olehnya. Real punya oldschool.


Monday, June 8, 2009

Tinjauan

Karak Hiway - 08/06/09 : Gambar ini gua ambil dari bahagian atas Karak Hiway (Hiway ke Genting & Pantai Timur). Ini setelah kerja-kerja reece di area UIA selesai. Kami meneruskan perjalanan ke Jalan Bentong Lama. Kami singgah sebentar di bahagian atas Karak Hiway ini. Inilah kali pertama gua sampai kesini. Gayat dibuatnya.Terima Kasih sekali lagi pada Syukran.





Perjalanan kami diteruskan ke area Raudah Camp, Sedayu Camp dan Alang Ria Chalet & Resort. Menarik tempatnya. Namun sikap segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab telah mencemar keadaan dengan tidak membersihkan sisa-sisa sampah dan makanan dengan hanya meninggalkannya di kawasan air terjun. Amat menyedihkan. Diharap pihak terbabit dapat membuat pemantauan bagi menjaga kebersihan dan keadaan di kawasan tersebut dari terus tercemar. Ini adalah khazanah kita bagi generasi akan datang.

Reece Video


Video ini pendek disebabkan oleh keadaan jalan yang meragukan kerana ada tankungan air. Oleh itu terpaksa memberhentikan rakaman bagi memastikan takungan air itu tidak dalam dan selamat untuk dilalui.

Perjalanan balik. Terima kasih Syukran kerana dengan adanya kenderaan 4X4 milik beliau maka aktiviti reece ini berjalan dengan lancar.

Reece - 08/06/09

Gombak - 08/06/09 : Hari ini gua pegi reece trail untuk crosscountry dengan Syukran. Hasilnya teramat memuaskan. Sudah pasti gua akan aturkan jadual dan masa gua nak berkayuh (crosscountry & downhill) dengan Syukran. Lihat photo dibawah ni. Sungai yang mengalir tetapi airnya agak keruh sedikit kerana hasil dari penerokaan tanah di bahagian atas bukit. Namun begitu kesannya tidaklah sangat tercemar. Masih boleh dikawal dan dibersihkan lagi.














Tengoklah keadaan jalan yang akan kami terokai dengan basikal kami nanti. Sebenarnya ada lagi jalan (trail) yang lagi menarik disitu tetapi gua tak sempat nak shot gambar. Ada lagi tempat lain yang kami nak pergi.













Keadaan anak sungai di bahagian bawah. Tak dapat shot yang menarik sebab keadaan lutut gua yang masih terkehel, so.. gua tak dapat nak menyelinap untuk shot yang lebih menarik.

Friday, June 5, 2009

Sri Gombak Ride - 06/06/09

Sri Gombak - 06/06/09 - Gua keluar rumah jam 7:45pm. Hari ini seoerti biasa kayuhan secara solo. Sebelum ni gua ronda-ronda di sri gombak untuk cari trail baru. So, hari ni gua keluar survey satu tempat tapi tak sesuai untuk trail MTb. Hanya sesuai untuk jungle tracking. Gua usung basikal gua naik atas. Sampai separuh jalan gua kayuh pelahan-pelahan,entah macamana boleh tergolek dok...terkehel lutut gua yang dah memang bertahun terkehel (sport injury - biasa la main bola). Ni dok sengal-sengal balik lutut gua ni. Tapi semangat punya pasal, gua terus usung basikal gua naik sampai atas. Hasilnya sila tujuk gambar gua yang di bawah ni..hehehehe... Nak cari trail lain pulak..



Thursday, June 4, 2009

Kayuh..Kayuh...Kayuh...

Lama dah tak update aktiviti dalam blog ni. Gua ada sibuk sikit kebelakangan ni. Banyak pulak kerja (network & installation) lately ni. Gua cuma kayuh kat area dekat rumah aje. Paling jauh pun ke tempat lepak gua di anjali. Weekend ni pasti gua akan pegi berkayuh offroad tapi lokasi belum tahu lagi.Cuma gua nak cari partner aje. Basikal gua ada 2..so.. cari siapa yang berminat. Rasanya joe janggut yang boleh diayat ni. Heehehe....
Projek akan datang gua. Gua nak buka satu gerai untuk dijadikan port lepak geng-geng (basikal, motor,superbike, 4x4 dan lain2). Menu makanannya yang pasti adalah mee/mehoon/kueyteow soup/kari/kicap ioh style. Memang best... lokasi kat area gombak kerana gombak ni kaya dengan geng-geng aktivit ekstreme ni. So...tunggu aje grand openingnya. Akan gua war-warkan pembukaannya nanti....Adios!!