Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, October 23, 2009

Sambungan Kayuhan 20/10/2009

Sebelum ini penceritaan gua mengenai aktiviti kayuhan 20/10/2009 lebih kepada cerita RUMAH BAMBU MALAYSIA. Kali ini gua ingin memaparkan foto-foto berbasikal kami. Seperti kebiasaan aktiviti kami ini hanya mempunya 3 orang ahli tetap yang melakukan aktiviti kayuhan ini. Pada kayuhan kali ini, jarak kayuhan tidak jauh kerana ini adalah kali pertama kami membuat kayuhan di daerah ini. Maka, kami tidak berapa arif dengan selok-belo jalan di sini. Namun begitu, lokasi ini tidak berapa sesuai untuk warga luar seperti kami tetapi kayuhan di lokasi ini boleh dilakukan jika diiringi oleh orang tempatan. Ini adalah kerana lokasi ini terdapat banyak dusun milik orang perseorangan dan akan mengakibatkan salah anggap penduduk setempat dengan kehadiran orang lur seperti kami ini. Walaupun penampilan kami bukan seperti penyangak ataupun musang berkepala hitam yang hendak mencuri hasil tanaman di dusun itu. Sila saksikan foto-foto yang sempat kami ambil semasa sesi aktiviti kayuhan tempoh hari.


Ini dia Bro Muhammad Ramadhan pemilik kawasan Rumah Bambu Malaysia


Bersedia untuk pulang..kami akan datang lagi ke sini untuk tujuan bermalam di sini atas jemputan peribadi dari Bro Muhammad Ramadhan yang begitu friendly...Insya-Allah...



Tuesday, October 20, 2009

Kayuhan 20/10/2009 - Hulu Langat (Malaysian Bamboo House)

Setelah sekian lama blog ni tak dikemaskini, bermakna aktiviti kayuhan kami juga telah lama tidak berjalan. Namun ahli-ahli lain ada membuat kayuhan cuma gua tak berkesempatan untuk join diorang atas sebab masa yang tak mengizinkan dan kesibukan gua. Hari ini tanggal 20/10/2009, aktiviti jayuhan gua bermula. Kayuhan hari ini di Hulu Langat. Berkumpul jam 8:30am di Restoran Labu Labi Sunway Batu Caves, bergerak ke Hulu Langat dengan Kenderaan acuan 4 Roda milik Syukran. Jam 10:00am baru bertolak, sampai di lokasi lebuh kuran jam 11:00am. Kayuhan bermula menyusuri jalan ke arah air terjun namun kayuhan terhenti disebabkan tiada jalan sesuai untuk berbasikal.Gua ambil keputusan berpatah balik dan terus menuju jalan lain menyusuri jalan yang sedia ada...namun tidak tahu ke mana arah jalan itu sehingga sampai ke penghujung jalan. Di situ gua terpandang sebuah rumah yang amat unik. Sebelum gua teru bercerita mengenai rumah tersebut, kami di sergah oleh tuan tanah kebun bersebelahan kawasan rumah yang gua cerita tadi dengan nada yang boleh di katakan tidak menerima kunjungan kami kesana. Dipendekkan cerita, tuan rumah yang gua maksudkan tadi itu, datang bertanya kami tujuan kami datang ke sana. Kami bercerita, dengan hat yang terbuka dan mulia sekali, tuan rumah tadi yang bernama Muhammad Ramadhan(Abg Ramadhan)mempelawa kami kerumahnya untuk minum-minu dan bersuai kenal. Dengan hati yang terbuka kami menerima pelawaan beliau kerana kami begitu tertarik dengan rumah dan lanskapnya...boleh dikata keseluruhan kawasan rumahnya yang begitu menarik dan unik. Dilengkai dengan surau, gazebo dan beberapa buah rumah tetamu yang lain. Untuk lebih menceritakan lebih mendalam anda semua lihat saja foto-foto yang telah gua muatnaikkan ke dalam blog ini.



Bahagian dalam rumah..interior yang amat unik... Diperbuat dari buluh sepenuhnya..



Apa saja lah yang dibuatnya tu...macam hisap d****h aje...hehehe...sebenarnya sedang asyik bersembang bersama Abg Ramadhan, gua ternampak cendawan busut yang tumbuh...so.apa lagi kami pun pegi la meng"harvest"nya...


Permandangan dari bahagian atas kawasan rumah dengan lanskap yang masih belum siap sepenuhnya..masih belum ditanam dengan rumput dan pokok-pokok yang lain..



Rumah tetamu yang menarik sekali dan amat unik...juga diperbuat dari buluh (bumbung, tiang dan dinding sepenuhnya dari buluh)


Water fountain yang menggunakan air semulajadi dari atas bukit.. tidak menggunakan motor air untuk peredaran air... di hujung water fountain..air dilepaskan terus dengan paip besar supaya peredaran air mengalir secara semulajadi.. menakjubkan!!


Surau juga dibina disini oleh Abg Ramadhan..





Rumah utama milik Abg Mohammad Ramadhan


Lepak nampak...


Gazebo untuk istirehat...

Salah satu rumah tamu...