Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, January 30, 2011

ISKANDAR POLO CLUB RIDE

Dah lama gua tak update blog gua ni.sekarang ni gua dah menetap di Ipoh. Pulang ke kampung halaman, berbakti kepada kampung halaman plak ceewaahhh!!. Kat Ipoh dan kawasa-kawasan sekitarnya mempunyai banyak trek untuk kegiatan dan aktiviti MTB ni.Boleh dikatakan "MTB Heaven" hehehehehe (suka-suka). Minggu lepas gua berkayuh di trek lubang tikus, Taman Botani. Trek menarik, mencabar dan teknikal jugak. Dah lama tak berkayuh, ada sedikit teragak dan gayat ngan downhill. Berbintang juga la, tak cukup nafas sebab dah lama tak kayuh.

Hari ini, Ahad 30/01/2011 gua follow geng-geng Taman Koperasi Rapat Setia berkayuh di Iskandar Polo Club dan terus masuk ke kawasan kebun melalui sungai. Cuaca pun mendung. Syok betul berkayuh hari ni. Tak memenatkan. Trek sesuai untuk kegiatan berbasikal bersama keluarga kerana trek yang santai. Gua ada ambil beberapa gambar, makanya seperti biasa sudi-sudikan diri menatap photo-photo aktiviti kayuhan hari ni.