Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, October 23, 2009

Sambungan Kayuhan 20/10/2009

Sebelum ini penceritaan gua mengenai aktiviti kayuhan 20/10/2009 lebih kepada cerita RUMAH BAMBU MALAYSIA. Kali ini gua ingin memaparkan foto-foto berbasikal kami. Seperti kebiasaan aktiviti kami ini hanya mempunya 3 orang ahli tetap yang melakukan aktiviti kayuhan ini. Pada kayuhan kali ini, jarak kayuhan tidak jauh kerana ini adalah kali pertama kami membuat kayuhan di daerah ini. Maka, kami tidak berapa arif dengan selok-belo jalan di sini. Namun begitu, lokasi ini tidak berapa sesuai untuk warga luar seperti kami tetapi kayuhan di lokasi ini boleh dilakukan jika diiringi oleh orang tempatan. Ini adalah kerana lokasi ini terdapat banyak dusun milik orang perseorangan dan akan mengakibatkan salah anggap penduduk setempat dengan kehadiran orang lur seperti kami ini. Walaupun penampilan kami bukan seperti penyangak ataupun musang berkepala hitam yang hendak mencuri hasil tanaman di dusun itu. Sila saksikan foto-foto yang sempat kami ambil semasa sesi aktiviti kayuhan tempoh hari.


Ini dia Bro Muhammad Ramadhan pemilik kawasan Rumah Bambu Malaysia


Bersedia untuk pulang..kami akan datang lagi ke sini untuk tujuan bermalam di sini atas jemputan peribadi dari Bro Muhammad Ramadhan yang begitu friendly...Insya-Allah...



1 comment: