Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, May 19, 2009

Kayuhan 19/05/2009

Baru lega dari batuk selsema... so..gua pun mulakan akiviti kayuhan gua hari ni. Gua keluar di Taman Samudera Selatan jam 6:00pm. Bermula dari rumah membawa ke Batu Muda menyusuri jalan kawasan perindustrian batu caves. Petang-petang macam ni memang banyak sekali kenderaan. Berkayuh mesti berhati-hati dan berwaspada. Kekadang kita berhati-hati tetapi ada juga insan-insan dan hamba Allah yang tak berwaspada yang mungkin mendatangkan malapetaka kepada kita. Adalah lebih baik kita yang terlebih dahulu berwaspada. Kita sambung cerita aktiviti kayuhan ni. Terus menuju ke Jalan Sentul (selekoh berhampiran Yap Brothers Auto) terus menuju ke Jalan Karak. Keluar ke susur jalan menuju ke Taman Karak. Gua fikirkan susur jalan menuju ke Taman Koperasi Polis Fasa1 tu maasih wujud. Rupa-rupanya dah hilang telan zaman. Dulu masa bujang selalu ikut jalan tu untuk balik ke rumah bujang di Tmn Koperasi Polis. Makanya terpaksalah gua kuar ikut jalan menuju Kampung Padang Balang (ada Offroad sikit la hehehehe). Kampung Padang Balang pun dah sedikit berubah. Hampir tidak familiar gua dengan jalan di Kg Padang Balang tu. Gua redah aje.... akhirnya tembus juga gua kat Taman Koperasi Polis Fasa1 Jalan 15/10 (kat rumah bujang lama gua). Terkenang masa bujang-bujang dulu, banyak kenangan. Tapi rumah tu masih ada penghuni (rakan serumah gua dulu) Jali duduk di situ bersama isteri dan anaknya. Dah tak jadi rumah bujang dah. Bersebelahan rumah tu rumah Atong (yang juga tinggal bersama-sama dengan isteri dan anak-anak). Sambil lalu di situ ternampak Atong dok kat luar rumah. So, gua singgah sekejap. Pastu terus set ngan Atong lepak kat Anjali (panggilan satu restoran mamak kat Taman Gombak...panjang kisahnya mengenai nama anjali tu). Gua pun terus ke sana...tunggu Atong dan hery. Sesampai diorang kat sana. Macam-macam topik disembangkan. Jam 8:00pm semua gerak balik ke kepompong masing-masing. Hehehehe... Jauh juga perjalanan gua hari ni. Apa-apa pun badan sihat, minda cerdas... Go!Go!Go! KRAZEBIKERS!!

No comments:

Post a Comment