Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, May 20, 2009

Tajuk : Projek Basikal Ke-2

Hari ini tanggal 20/05/2009, maka dengan ini gua mengumumkan bahawa Projek Basikal Ke-2 gua dah terlaksana. Dimana basikal tersebut telah siap sedia untuk dikayuh. Basikal Scott Voltage YZ1 (replica) yang bertemakan negeri kesayangan gua...Negeri Perak Darul Ridzuan kerana konsep warna Negeri Perak. Komponen-komponen basikal ini dikumpul selam sebulan (yang kebanyakannya gua beli dari BBS dan Kedai Basikal RN Samy). Antara komponen-komponennya adalah seperti berikut:-
Body : Scott Voltage YZ1 (replica OEM)
Crankset : Shimano Deore
Wheelset : RANGER Bontrager + Shimano Deore Hub + KENDA Tires
Deraillure : RD = Shimano Acera FD = Shimano Altus
Stem & Handlebar : Ritchey + Scott Handlebar + Velo handlebar Grip
Headset : Ritchey Seal Bearing
Cassette : 8 Speed Shimano Cassette
Pedals : Wellgo Seal Bearing Pedals
Seatpost & Saddle : Raceface + Scott USA
Absorber : SR Suntour XCR
Brakes : Shimano Deore Mech Brakes + Shimano Deore Rotor

Hasilnya adalah seperti gambar dibawah (gambar akan diupload kemudian). Sesudah siapnya projek gua ni, lega rasa jiwa... bermakna isteri kesayang gua (Mazliana) pun nanti dah boleh follow gua kayuh. Basikal dah ada 2. Projek seterusnya nak beli carrier untuk bawa anak teruna gua Muhammad Haziq berkayuh sam gua. Mesti dia seronok punya. Tak sabar nak bawa dia ronda-ronda sama gua. Helmet dan glove dia kena beli. Kalau tak nanti bising...Hehehehe...Anak Bapak...Son of the Gun!!

1 comment: