Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, July 11, 2009

Hardcore Trail - Sungai Pusu (IIUM)

Jumaat - 10/07/09
Penjelajahan di sambung kembali setelah sekian lama kami tidak berkayuh dan menjelajah bersama-sama kerana masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Namun begitu kami sampai dan memulakan penjelajahan kami di trail yang telah kami recce 2-3 minggu lepas. Setelah kami berjaya mengumpulkan diri masing-masing untuk penjelajahan ini. Kami memulakan perjalanan kami dengan berkumpul di Sunway Batu Caves selepas solat jumaat. Basikal kami diisi di dalam van milik Saudara Johary Jaffar (Janggut), kami terus menuju ke destinasi penjelajahan kami di Sungai Pusu bersebelahan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini suasana telah berbeza kerana pertambahan ahli kayuhan iaitu Saudara Janggut menjadikan semangat kami lebih kuat dengan pertambahan ahli ini. Akan ada pertambahan ahli kayuhan akan datang dengan Saudara Zul (Juah Corporation) telah berminat untuk menyertai kayuhan dan penjelajahan kami ini.














Setelah selesai penjelajahan, lihat sahaja keadaan basikal ini. Rockbike gua ini boleh tahan lasaknya yang ditunggang oleh Saudara Janggut














Starting Grid: Permulaan penjelajahan yang nampak berliku dengan uphill yang panjang.
















Di pertengahan penjelajahan dan kayuhan. Terdapat anak sungai yang sedikit tercemar dengan pembangunan di atas bukit.














Keadaan bukit yang tinggi dan memerlukan stamina yang tinggi untuk pendakian. Namun begitu aktiviti downhill juga amat mencabar dengan memerlukan kesabaran dan teknik penurunan bukit yang betul bagi mengelakkan sebarang kemalangan dari berlaku. Gua dah tergolek semasa downhill..hehehehe..siap wikang tu!!














Syukran sudah sampai ke puncak. Namun kami tidak explore lagi di atas kerana sebab-sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Kami akan jelajah dan explore lagi di xpdc akan datang.

No comments:

Post a Comment