Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Thursday, May 21, 2009

Scott Voltage YZ1



Inilah dia hasil projek selama sebulan (Photo kurang jelas akan diperbaiki kemudian). Kayuhan pertama pada hari ini 21/05/2009 jam 6:00pm. Kayuhan ini adalah untuk memastikan kesesuaian gua dengan basikal tu. Mungkin ada perubahan sedikit bagi memastikan kesesuaian penggunaan pada gua. Pada pandangan pertama handlebar mungkin dipendekkan sedikit kerana pada zahirnya nampak seperti terlebih panjang. Kita tunggu dan lihat apakah hasilnya nanti. Go!Go!Go! Krazebikers...

Wednesday, May 20, 2009

Tajuk : Projek Basikal Ke-2

Hari ini tanggal 20/05/2009, maka dengan ini gua mengumumkan bahawa Projek Basikal Ke-2 gua dah terlaksana. Dimana basikal tersebut telah siap sedia untuk dikayuh. Basikal Scott Voltage YZ1 (replica) yang bertemakan negeri kesayangan gua...Negeri Perak Darul Ridzuan kerana konsep warna Negeri Perak. Komponen-komponen basikal ini dikumpul selam sebulan (yang kebanyakannya gua beli dari BBS dan Kedai Basikal RN Samy). Antara komponen-komponennya adalah seperti berikut:-
Body : Scott Voltage YZ1 (replica OEM)
Crankset : Shimano Deore
Wheelset : RANGER Bontrager + Shimano Deore Hub + KENDA Tires
Deraillure : RD = Shimano Acera FD = Shimano Altus
Stem & Handlebar : Ritchey + Scott Handlebar + Velo handlebar Grip
Headset : Ritchey Seal Bearing
Cassette : 8 Speed Shimano Cassette
Pedals : Wellgo Seal Bearing Pedals
Seatpost & Saddle : Raceface + Scott USA
Absorber : SR Suntour XCR
Brakes : Shimano Deore Mech Brakes + Shimano Deore Rotor

Hasilnya adalah seperti gambar dibawah (gambar akan diupload kemudian). Sesudah siapnya projek gua ni, lega rasa jiwa... bermakna isteri kesayang gua (Mazliana) pun nanti dah boleh follow gua kayuh. Basikal dah ada 2. Projek seterusnya nak beli carrier untuk bawa anak teruna gua Muhammad Haziq berkayuh sam gua. Mesti dia seronok punya. Tak sabar nak bawa dia ronda-ronda sama gua. Helmet dan glove dia kena beli. Kalau tak nanti bising...Hehehehe...Anak Bapak...Son of the Gun!!

Tuesday, May 19, 2009

Kayuhan 19/05/2009

Baru lega dari batuk selsema... so..gua pun mulakan akiviti kayuhan gua hari ni. Gua keluar di Taman Samudera Selatan jam 6:00pm. Bermula dari rumah membawa ke Batu Muda menyusuri jalan kawasan perindustrian batu caves. Petang-petang macam ni memang banyak sekali kenderaan. Berkayuh mesti berhati-hati dan berwaspada. Kekadang kita berhati-hati tetapi ada juga insan-insan dan hamba Allah yang tak berwaspada yang mungkin mendatangkan malapetaka kepada kita. Adalah lebih baik kita yang terlebih dahulu berwaspada. Kita sambung cerita aktiviti kayuhan ni. Terus menuju ke Jalan Sentul (selekoh berhampiran Yap Brothers Auto) terus menuju ke Jalan Karak. Keluar ke susur jalan menuju ke Taman Karak. Gua fikirkan susur jalan menuju ke Taman Koperasi Polis Fasa1 tu maasih wujud. Rupa-rupanya dah hilang telan zaman. Dulu masa bujang selalu ikut jalan tu untuk balik ke rumah bujang di Tmn Koperasi Polis. Makanya terpaksalah gua kuar ikut jalan menuju Kampung Padang Balang (ada Offroad sikit la hehehehe). Kampung Padang Balang pun dah sedikit berubah. Hampir tidak familiar gua dengan jalan di Kg Padang Balang tu. Gua redah aje.... akhirnya tembus juga gua kat Taman Koperasi Polis Fasa1 Jalan 15/10 (kat rumah bujang lama gua). Terkenang masa bujang-bujang dulu, banyak kenangan. Tapi rumah tu masih ada penghuni (rakan serumah gua dulu) Jali duduk di situ bersama isteri dan anaknya. Dah tak jadi rumah bujang dah. Bersebelahan rumah tu rumah Atong (yang juga tinggal bersama-sama dengan isteri dan anak-anak). Sambil lalu di situ ternampak Atong dok kat luar rumah. So, gua singgah sekejap. Pastu terus set ngan Atong lepak kat Anjali (panggilan satu restoran mamak kat Taman Gombak...panjang kisahnya mengenai nama anjali tu). Gua pun terus ke sana...tunggu Atong dan hery. Sesampai diorang kat sana. Macam-macam topik disembangkan. Jam 8:00pm semua gerak balik ke kepompong masing-masing. Hehehehe... Jauh juga perjalanan gua hari ni. Apa-apa pun badan sihat, minda cerdas... Go!Go!Go! KRAZEBIKERS!!

Monday, May 11, 2009

Warga Baru

Inilah dia basikal warga baru krazebikers. Syabas!! Kayuhan pertama bukannya dari kayuhan pedal yang pertama...tetapi masa beli itulah kayuhan pertama kita. Basikal Raleigh Enduro ni milik Saiful Wira (Mr. Body Builder kita). Buat masa ni cuma basikalnya saja yang berada di dalam blog ni. Masa akan datang akan di uploadkan wajah hensem lagi kacak sang jejaka bernama saiful wira ini. Nama pun dah gagah...cuba bayangkan kekentalan tubuh badannya...hehehehe...



Thursday, May 7, 2009

Apperal


Fox Cyling Pant

661 Glove

Set Basikal Baru (2nd Hand Item)

Ini adalah Set basikal baru gua dalam pembikinan. Semua barang second hand. Nak beli baru tak mampu..hehehehe... tak sabar nak siapkan ni.


Frame Scott Voltage YZ1 (Replica)



Wheelset & Hub Shimano Deore








RockShox Dart2 Front Shock Absorber



Handlebar Cannondale C3


Shimano Deore Rotor


Wellgo Seal Bearing Pedal