Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, April 18, 2009

Aktiviti

Minggu ini kami kurang aktiviti kayuhan. Cuma aku aje pergi kayuh sorang-sorang sebab ahli yang lain mungkin sibuk. aku tetap dengan jadual kayuhan aku. Pagi esok aku akan terus berkayuh. Destinasi masih belum aku tetapkan. Mungkin esok aku akan jalan yang baru. Seperti biasa tiap-tiap hari aku akan layari laman-laman web berkaitan basikal antaranya www.bicyclebuy&sell.com dan www.trailridermat.blogspot.com untuk mencari part-part untuk basikal aku. Matlamat aku masih belum tercapai iaitu aku mahu melakukan ekspidisi crosscountry. Tapi aku kena pastikan basikal aku bersedia dan aku bersedia terutama dari segi keselamatan diri dan fizikal serta mental. Yang pasti minggu depan aku hendak tukar crankset aku daripada yang sedia ada sr suntour ke shimano deore 10. Absorber juga akan aku tukar. Aku akan pastikan aktiviti yang baru aku ini akan bertahan. Tidak seperti orang-orang tua berkata "Hangat-hangat tahi ayam." Buat masa ni semangat aku masih panas sehangat malam ni. Malam ni panas sungguh. Rasa nak tidur kat luar rumah aje rasanya. Setelah hampir sebulan aku dengan hobi baru aku ni. Banyak juga la yang dapat belajar megenai sukan MTB ni. So Far So Good. Tujuan aku nak crosscountry adalah kerana aky suka dengan alam semulajadi yang nyaman dan tenang. Lagi pun hari-hari dok tengah bandar KL ni banyak tekanan dari kerja, keadaan sekeliling, kesesakan dan banyak lagi (hanya warga KL yang memahami hehehe). Dengan pergi crosscountry sedikit sebanyak dapat release stress. Malam pun semakin larut...esok nak bangun pagi untuk meneruskan aktiviti...so...aku berhenti kat sini dulu. Insya-Allah..esok akan ada gambar-gambar baru aynga akan aku uploadkan dalam blog ini. Adios...Amigos...Wasalam...

No comments:

Post a Comment