Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, April 22, 2009

FRIM Kepong CrossCountry

KAYUHAN DI FRIM KEPONG (22/04/2009)

Aktiviti hari ini, kami telah pergi ke FRIM Kepong. setelah sekian lama cadangan, akhirnya kami telah sampai ke FRIM. Kayuhan bermula dari kaki bukit bersebelahan masjid FRIM (laluan Titian Kanopi). Peringkat awal kayuhan sungguh kuat dugaan dengan pendakian yang mencabar bagi kami yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti crosscountry ni. Lihat saja gambar-gambar kami ni.. keletihan yang amat sangat. Ini kerana sejak dari awal perjalanan terpaksa mengharungi pendakian yang panjang (Maklumlah "Beginner"). Hehehehe...






PERINGKAT PERTENGAHAN PENJELAJAHAN

Setelah memulakan kembali penjelajahan kami sampai ke peringkat pertengahan penjelajahan di mana terdapat air terjun di kiri kanan jalan. Apa lagi tanpa berlengah kami terus berendam kat dalam sungai. Kurang sikit keletihan... sejuk, segar dan nyaman sekali. Air semulajadi yang tidak dinoda oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.













MEMULAKAN KEMBALI PENJELAJAHAN KEPERINGKAT YANG TERAKHIR

Setelah selesai berendam, kami memulakan kembali penjelajahan kami. Peringkat yang terakhir ini aktiviti turun bukit. Pengalaman pertama kami yang sangat menarik.







Pengalaman pertama kami di FRIM Kepong ini amat seronok dan menarik sekali. Dengan alam semulajadi yang segar dan di jaga dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak FRIM kerana memelihara alam semulajadi di sini. Salah satu pengajaran yang kami dapat semasa aktiviti kayuhan di sini adalah bangsa kita melayu teramat kurang (tiada langsung) yang kami jumpa menikmati alam semulajadi ini sambil beriadah untuk amalan hidup yang sihat. Tidak seperti bangsa lain (terutama bangsa cina) ramai sekali yang mengamalkan aktiviti yang sihat seperti pendakian bukit dengan berjalan kaki. Sila rujuk satu gambar di sini, di mana seorang apek tua yang amat bertenaga mendaki bukit walaupun usia yang sudah tua (70-an). Tabik Apek!!

No comments:

Post a Comment