Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, April 29, 2009

Aksessori Keselamatan MTB

Tanggal 24/04/2009 gua dah beli helmet Brand 661 ini. Kepada sesiapa yang berminat boleh order kat saya. Order melalui email: zimanaziz@clickbazaar.com.my. Harga RM110.00. Limited stock!! Helmet ni amat penting untuk keselamatan kepala kita selain knee, shin & elbow guard. Tengok helmet gua ni...APA KATA SURVEY!!! Jenama 661 ini mengeluarkan aksessori (apperal) untuk cycling seperti helmet, knee guard, elbow guard dan glove. Gua bercadang nak beli glove 661 ni. Sedap pakai...gua dah try. Dan design amat kemas sekali.


Wednesday, April 22, 2009

FRIM Kepong CrossCountry

KAYUHAN DI FRIM KEPONG (22/04/2009)

Aktiviti hari ini, kami telah pergi ke FRIM Kepong. setelah sekian lama cadangan, akhirnya kami telah sampai ke FRIM. Kayuhan bermula dari kaki bukit bersebelahan masjid FRIM (laluan Titian Kanopi). Peringkat awal kayuhan sungguh kuat dugaan dengan pendakian yang mencabar bagi kami yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti crosscountry ni. Lihat saja gambar-gambar kami ni.. keletihan yang amat sangat. Ini kerana sejak dari awal perjalanan terpaksa mengharungi pendakian yang panjang (Maklumlah "Beginner"). Hehehehe...






PERINGKAT PERTENGAHAN PENJELAJAHAN

Setelah memulakan kembali penjelajahan kami sampai ke peringkat pertengahan penjelajahan di mana terdapat air terjun di kiri kanan jalan. Apa lagi tanpa berlengah kami terus berendam kat dalam sungai. Kurang sikit keletihan... sejuk, segar dan nyaman sekali. Air semulajadi yang tidak dinoda oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.













MEMULAKAN KEMBALI PENJELAJAHAN KEPERINGKAT YANG TERAKHIR

Setelah selesai berendam, kami memulakan kembali penjelajahan kami. Peringkat yang terakhir ini aktiviti turun bukit. Pengalaman pertama kami yang sangat menarik.







Pengalaman pertama kami di FRIM Kepong ini amat seronok dan menarik sekali. Dengan alam semulajadi yang segar dan di jaga dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak FRIM kerana memelihara alam semulajadi di sini. Salah satu pengajaran yang kami dapat semasa aktiviti kayuhan di sini adalah bangsa kita melayu teramat kurang (tiada langsung) yang kami jumpa menikmati alam semulajadi ini sambil beriadah untuk amalan hidup yang sihat. Tidak seperti bangsa lain (terutama bangsa cina) ramai sekali yang mengamalkan aktiviti yang sihat seperti pendakian bukit dengan berjalan kaki. Sila rujuk satu gambar di sini, di mana seorang apek tua yang amat bertenaga mendaki bukit walaupun usia yang sudah tua (70-an). Tabik Apek!!

Saturday, April 18, 2009

Aktiviti

Minggu ini kami kurang aktiviti kayuhan. Cuma aku aje pergi kayuh sorang-sorang sebab ahli yang lain mungkin sibuk. aku tetap dengan jadual kayuhan aku. Pagi esok aku akan terus berkayuh. Destinasi masih belum aku tetapkan. Mungkin esok aku akan jalan yang baru. Seperti biasa tiap-tiap hari aku akan layari laman-laman web berkaitan basikal antaranya www.bicyclebuy&sell.com dan www.trailridermat.blogspot.com untuk mencari part-part untuk basikal aku. Matlamat aku masih belum tercapai iaitu aku mahu melakukan ekspidisi crosscountry. Tapi aku kena pastikan basikal aku bersedia dan aku bersedia terutama dari segi keselamatan diri dan fizikal serta mental. Yang pasti minggu depan aku hendak tukar crankset aku daripada yang sedia ada sr suntour ke shimano deore 10. Absorber juga akan aku tukar. Aku akan pastikan aktiviti yang baru aku ini akan bertahan. Tidak seperti orang-orang tua berkata "Hangat-hangat tahi ayam." Buat masa ni semangat aku masih panas sehangat malam ni. Malam ni panas sungguh. Rasa nak tidur kat luar rumah aje rasanya. Setelah hampir sebulan aku dengan hobi baru aku ni. Banyak juga la yang dapat belajar megenai sukan MTB ni. So Far So Good. Tujuan aku nak crosscountry adalah kerana aky suka dengan alam semulajadi yang nyaman dan tenang. Lagi pun hari-hari dok tengah bandar KL ni banyak tekanan dari kerja, keadaan sekeliling, kesesakan dan banyak lagi (hanya warga KL yang memahami hehehe). Dengan pergi crosscountry sedikit sebanyak dapat release stress. Malam pun semakin larut...esok nak bangun pagi untuk meneruskan aktiviti...so...aku berhenti kat sini dulu. Insya-Allah..esok akan ada gambar-gambar baru aynga akan aku uploadkan dalam blog ini. Adios...Amigos...Wasalam...

Wednesday, April 15, 2009

The People Park Ipoh

The People Park Ipoh adalah satu tempat di mana peniaga-peniaga menjual barang-barang terpakai seperti pakaian, barangan antik, barang-barang basikal terpakai pun ada. Sesetengah orang panggil pasar sebegini Pasar Karat. Pasar ni dah lama bertapak kat Ipoh. Gua pun tak tahu ila muanya pasar ni. Masa gua kecil lagi dah wujudnya pasar ni. Barangan yang paling menarik perhatian gua adalah barangan antik seperti chronograph, kipas angin, seterika arang kepala ayam, beg kulit besar (macam dlm cerita P.Ramlee tu), telefon lama dan banyak lagi kalau nak sebut. Lokasi Pasar ini adalah di belakang panggung wayang Cathay dan Lido Ipoh. Masa berniaga dari jam 6:30am sehingga ke jam 12:00pm setiap hari Ahad. Jika sampai Ioh pada awal pagi ahad, singgahlah ke The People Park Ipoh.



Keluar Topik Basikal

Hari ni gua nak tukar topik sikit. Hari minggu baru ni gua tak dapat join krazebikers jelajah Jalan Bentong lama sebab gua balik kampung (adik gua kahwin). So...kat sini gua upload sikit gambar majlis tu. Tapi yang sebenarnya gua nak tunjukkan hail lanskap yang gua bikin untuk depan meja pengantin tu. Heheheh... amacam ok tak? Kalau ada sesiapa berminat dengan set water fountain tu oleh email gua (promote skit). Murah-murah aje.


Jelajah Jalan Bentong Lama (11/04/2009)

Pada tanggal 11/04/2009 penjelajahan oleh Krazebikers (gua tak de coz atas sebab2 balik kampung). Penjelajahan di Jalan Bentong Lama bermula dari JHEOA Gombak. Krazebikers yang terlibat adalah Syukran, Janggut dan Jelan. Penjelajahan ini merangkumi pendakian sejauh 7km. Syabas sahabat-sahabat...Gambar-gambar ni gua cilok dari facebook Syukran. Tq Bro...





Cadangan kayuhan seterusnya adalah di FRIM (offroad MTB). Masih dalam cadangan. Tapi tunggu....

Wednesday, April 8, 2009

Aktiviti 8/4/2009 &

Hari ni tiada aktiviti kayuhan.so...gua balik rumah awal sikit hari dari ofis. Gua ambil basikal gua bawa pegi kedai (RN Samy) servis sikit basikal cap ayam gua ni coz brek depan sangkut kat disc brake. Sambil-sambil mekanik basikal tu gobek basikal gua, gua pun cuci-cuci mata. Tengok-tengok body frame. Terpikat gua kat body GT (RM1200) dan GIANT (RM130) kat kedai tu. Pastu gua survey crankset Shimano deore 2010. Harga dia menarik (sebab banyak2 kedai...RN Samy ni murah)Harga dia kasi kat gua RM300. Next week memang gua tukar crankset gua ni. Dalam masa yang sama dia explain & recommend kat gua pasal absorber. Bagus untuk crosscountry tapi gua lupa la pulak apa brand. Kalau ada budget lebih gua tukar sekali ngan absorber.

PENGUMUMAN
Bermula esok (9/4/2009) aktiviti kayuhan gua berehat sampai hari isnin (13/04/2009) kerana gua pulang ke kampung gua di Ipoh sebab kenduri kahwin adik bongsu gua. Bergelora la jiwa gua nanti... heheheheh... harap-harap syukran teruskan aktiviti. Kita jumpa lagi next week.

Saddle Scott USA & Kayuhan Malam Ke Danau Kota 7/4/2009

Pada 7/4/209, kami memulakan aktiviti kayuhan kami pada jam 21:45. Kayuhan kami bermula dari Sunway Batu Caves menuju ke Danau Kota melalui Jalan Gombak. Kami sampai Danau Kota jam 22:10 dimana Pasar Larut Malam sudah bermula. Gambar di bawah adalah sebahagian dari aktiviti perniagaan di Danau Kota. Meriah sekali aktiviti perniagaan di sana bagi menjana ekonomi terutamanya peniaga-peniaga bumiputera. Di harap aktiviti perniagaan seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi.



SADDLE SCOTT USA
Gua telah membeli SADDLE SCOTT USA (2nd Hand) dari Mr.Lew. Bertambah lagi kenalan gua dari kalangan penggemar MT ni. Mr. Lew ni ada group MTB main "cross country" kat FRIM.Memang best kalau "cross country" kat FRIM ni. Gua beli Saddle tu dengan harga RM40.00. Ok la... Berubahlah sikit rupa basikal gua ni. Hehehehe.. Tengok la gambar saddle gua yang baru ni.



Saturday, April 4, 2009

Jelajah 5/4/2009 Jalan Sungai Pusu (UIA)...

Perjalanan bermula jam 7:30am. Tempat berkumpul Restoran Zameer. Ahli yang hadir 2 orang (memang 2 aje ahlinya) hehehehe. Perjalanan lancar pada peringkat permulaan.. tapi peringkat pertengahan gua dh kena tinggal dengan syukran. Akibatnya Syukran ikut jalan Karak lama (nak ke Bentong) gua ikut Jalan Sungai Pusu (UIA). Syukran berpatah balik dan bertemu di tepi UIA. Kami meneruskan perjalanan ke kawasan kampung di sepanjang Jalan Sungai Pusu tu. Best betul kayuhan di situ. Jalan berbukit-bukit dan suasana kampong yang nyaman. Penjelajahan kami berakhir jam 9:45am (sampai rumah) Sila saksikan gambar-gambar yang dapat gua ambil dan uploadkan untuk tatapan anda sekalian.




Friday, April 3, 2009

XPDC Pertama - 31/03/2009


Kayuhan pada hari pertama aktiviti kami. Dari Sunway Batu Caves ke Taman Metropolitan Kepong. Selalunya naik kereta kesana. Rasa macam dekat aje. Bila kayuh basikal...nah! ambik ko... rasa nak muntah hijau. Dengan keadaan jalan yang naik flying over turun flying over.. kenderaan yang banyak. Tapi yang paling mengerikan lori sampah yang berduyun-duyun memotong kami. Kalau setakat potong aje tak pe...tapi meninggalkan haruman yang meloyakan. Dah la penat...kena pulak dengan haruman peninggalan lori sampah. Walaubagaimanapun kami berjaya berkayuh lebih kurang sejauh 2okm.

Aksessori Tambahan



Scott Handle Grip






FOX Glove

Basikal Pertama Ku...

Inilah basikal pertama gua yang gua beli kat Kedai Basikal RN Samy Batu Caves pada 30/03/2009. Brand: ROCKBIKE Special Edition. Bagi MTB biker yang dikategorikan sebagai beginner ni memang sesuai sangatlah pakai basikal ni. Harga berpatutan dan spesifikasinya sesuai.








Alloy Handlebar standard ROCKBIKE . Gua nak upgrade handlebar ini ke handlebar TRUVATIV.


Saddle standard brand Exitway (kategori cap ayam). Impian gua nak tukar ke Cannondale ataupun fi.zi.k



SR SUNTOUR Crankset.



Rear Diskbrake set

Front Diskbrake Set