Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, June 20, 2009

Cendol - Basikal Roda Tiga

Tujuan gua menyelitkan kisah penjual cendul ini adalah kerana ia ada kena mengena dengan aktiviti berbasikal gua. Ini adalah kerana penjual cendul ini menggunakan basikal roda tiga. Masih ada lagi penjual cendul yang menggunakan kenderaan dan peralatan yang oldschool (RETRO).Namun rasanya sedikit pun tidak lari dari zaman gua kecil-kecil dulu. Gua dah mengenali penjual cendul ni. Nama beliau Ismail. Dengan sikapnya yang ramah membuatkan pelanggannya sentiasa ingin menikmati cendul beliau. Di tambah dengan cendul beliau yang lazat. Jika di area KL ni rata-rata peniaga dah pakai Pickup Van. Tapi di Ipoh masih terdapat peniaga yang menggunakan kenderaan Basikal Roda Tiga ni. Beliau juga tidak menggunakan pengisar ais cara lama. Apatah lagi pengisar ais elektrik. Pengisar ais kayuhan tangan tidak digunkannya. Beliau menggunakan cara tradisional iaitu pengisar ala ketam kayu tu. Beliau berniaga di Jalan Pasir Pinji berhampiran Padang Kilat di Pasir Puteh. Sesiapa yang lalu di situ digalakkan berhenti untuk menikmati cendul yang lazat. Terliur gua. Hehehehe..


Perhatikan pengisar ais cara tradisinal yang masih digunakan olehnya. Real punya oldschool.


No comments:

Post a Comment