Join Us!

Create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, June 20, 2009

Kayuhan Ke Empangan Batu

19/06/09 : Kayuhan bermula dari tempat biasa di Restoran Zameer Sunway Batu Caves. Melalui kawasan Perindutrian Bolton terus ke Kampung Wira Damai. Merentasi Kampung Wira Damai menuju ke Kampung Sungai Kertas. Setiba di Kampung Sungai Kertas tenaga gua diperah kerana melalui jalan berbukit-bukit yang boleh tahan tingginya. Kena pulak dengan cuaca yang panas. Fuhh!!.. meleleh peluh sampai ke tumit kaki. Walaupun aktiviti kayuhan jarak jauh dan merentasi bukit sudah lama tak dilakukan tapi gua masih berjaya mendaki 3 bukiy yang tinggi. Dari Kampung Sungai Kertas kami menuju ke Empangan Batu. Didalam kawasan Empangan Batu sekali lagi gua terpaksa mengharungi bukit yang lagi tinggi. Untuk sampai ke puncak gua dan Syukran hanya menuntun basikal sampai ke atas. Sampai di atas... lihat saja permandangannya (rujuk photo di bawah).




No comments:

Post a Comment